PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (ANJURAN BERSAMA PPTM & PSNZ)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PPTM DAN PSNZ telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Kecemasan. Program ini akan diadakan sepertimana maklumat yang berikut:

Tarikh : 27 Mac 2017 (Isnin)
Masa : 8.30am-10.00am
Tempat : Auditorium PSNZ

Program ini julung kali diadakan dan akan disampaikan oleh Fire Prevention Centre Malaysia.
Antara maklumat berguna program ini ialah:

1. Tips keselamatan sekiranya berlaku kebakaran
2. Teknik menggunakan alat pemadam api yang betul
3. Statistik Kebakaran di negara kita
4. Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.