Bengkel MYMOHES UMT Tahun 2017

Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR) dengan kerjasama Bahagian Sains Data, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM) telah menganjurkan Bengkel MyMohes 2017.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara terperinci mengenai pengendalian data-data, pengurusan sistem dan kerja-kerja teknikal yang perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai yang terlibat secara khusus dengan pengendalian data Universiti Untuk Sistem MyMoheS.

Bengkel ini telah diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 18-19 April 2017 (Selasa-Rabu)
Masa : 9.00-4.30 petang
Bertempat: Makmal Pusat Kompetensi Big Data, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat

Bengkel ini disampaikan oleh perunding Sistem MyMohes Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Puan Nurul Asshura binti Mohamad Suyutey dan Puan Diana Adiyani binti Ahmad.