Awas! Anda Sedang Diperhatikan Oleh Scammer

ANDA rasa anda selamat sekarang ni? Ada sesiapa yang sedang perhatikan anda? Tahu tak bahawa kini anda sedang diperhatikan…

Tahu tak bahawa pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sendiri dah mulakan langkah berjaya-jaga supaya dia tidak menjadi mangsa scammer.

Semalam, seorang pengguna Twitter, Jazli ada membuat satu thread mengenai cara penggodam Internet dapat menggodam segala alat elektronik yang anda miliki.

Menurut Jazli, dia sendiri telah membuat kajian selama dua tahun dan pernah telah mengalami kejadian seperti itu sebelum ini.

Jazli juga ada memuat naik satu video yang menunjukkan perkongsian daripada bekas ketua pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sendiri, iaitu James Comey.

“Saya meletakkan pita ke atas kamera laptop kerana saya melihat seseorang lebih pintar daripada saya meletakkannya di kamera laptop mereka,” tulisnya.

‘Mereka’ yang dimaksudkan itu ialah kumpulan penggodam dan IT Paranoid. Selain itu, video disertakan juga merupakan bukti Edward Snowden dari National Security Agency (NSA) yang menunjukkan rakaman CCTV di sebuah stesen minyak di Malaysia.

CCTV premis itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dari Amerika Syarikat. Cara CCTV itu digodam adalah melalui ‘open ort’ IP address yang terdapat di alat eletronik itu.

Pada tahun 2013, seorang pemenang Miss Teen USA pernah digodam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia telah mengintip, merakam dan mengugutnya. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk mendapatkan duit.

Jangan sangka walaupun anda hanya orang biasa, peluang untuk anda digodam adalah nipis! Sebaliknya anda juga boleh menjadi mangsa kegiatan haram itu.

Sebab itulah jangan sembarangan untuk terus menekan butang ‘Allow’ pada aplikasi yang baru anda install di telefon bimbit anda.

Gambar dan video anda juga boleh dicuri secara online! Jaga-jaga kalau ada gambar tak senonoh tu, takut nanti tersebar pula.

Perbuatan itu dinamakan sebagai ‘Malicious App’. Selain itu,jika ada iklan pelik yang selalu keluar dari telefon anda ketika sedang melayari internet, ianya dipanggil sebagai malware.

Tetapi ada sesetengah malware atau malicious app yang tidak mencuri data anda. Sebaliknya, sesetengah aplikasi mungkin akan mencuri data peribadi anda secara tak langsung.

Bagi penggunaan laptop atau komputer, jika kedua-dua barang elektronik anda itu diserang virus WannaCry Ransomware Attack, ia bermaksud anda sudah digodam dan kesemua file di dalamnya telah dikunci.

Hanya dengan cara membayar bitcoin kepada mereka, barulah kesemua folder anda tidak akan dikunci. Mudah kan mereka buat kerja kotor macam tu.

Bayangkan segala peranti pintar anda telah dapat diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu. Habis semua gambar, video dan maklumat peribadi anda sudah diketahui oleh emreka.

Mungkin tanpa disangka, ketika anda sedang menyalin pakaian dibilik, tanpa sedar anda sedang dirakam oleh seseorang!

Sebab itu lah Mark Zuckerberg telah mengambil inisiatif dengan menampak pita pelekat di ‘webcam’ laptop miliknya.

Bukan setakat di laptop sahjaa, tetapi di tempat microphone telefon bimbitnya ketika dia tidak menggunakannya.

Sekali kita sudah sambung talian Internet di mana-mana peranti mudah alih, pasti kita juga akan jadi sasaran mereka. Maka, berhati-hati saja bila dah berurusan dengan makhluk bernama ‘Internet’. – MYNEWSHUB.CC/AH