OBJEKTIF DAN TERAS

9 TERAS PPTM

Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diberi kepercayaan dalam menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara menyeluruh di samping untuk melaksanakan tugasnya dalam membangunkan, melaksanakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan infostruktur ICT dengan memastikan penggunaan perkhidmatan ICT di kalangan staf dan pelajar di tahap yang maksimum dan berkualiti. Dalam menyokong perlaksanaan pembangunan universiti maka setiap projek ICT yang hendak dilaksanakan harus memberikan satu impak yang besar dan menyeluruh kepada staf dan pelajar seperti mana yang telah digariskan dalam perancangan strategik ICT universiti.

Maka setiap pencapaian dan perancangan haruslah mengambil kira perancangan strategik ICT universiti seperti berikut:
1. Memperkasa kemudahan prasarana ICT;
2. Menambahbaik sistem perkhidmatan ICT dan penyampaian maklumat;
3. Menyokong tadbir urus universiti;
4. Menyokong proses pembelajaran dan latihan ICT;
5. Menyokong aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan;
6. Menyokong kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran;
7. Menyokong jaringan dan penyebaran maklumat;
8. Menyokong aktiviti khidmat masyarakat; dan
9. Memenuhi keperluan semasa pemegang taruh.

OBJEKTIF PPTM

1. Meningkatkan kecemerlangan Akademik dan e-Pembelajaran

  • Teknologi akan meningkatkan kualiti pembelajaran melalui peningkatan sumber-sumber online, multimedia dan sumber elektronik yang lain.

2. Memberi sokongan yang efektif kepada fungsian Pengurusan

  • Menyediakan standard di kampus untuk meningkatkan pengurusan sistem dan data dengan mengambilkira aspek-aspek berikut iaitu access, interoperability dan efficiency.

3. Menyokong aktiviti penyelidikan

  • Mengumpul semua maklumat penyelidikan termasuk data mentah dan menyediakan konsep Data Warehousing dan Data Mining, disamping membolehkan analisis dibuat berdasarkan konsep Business Intelligence.

4. Mengukuhkan pentadbiran IT UMT

  • Membina struktur pentadbiran IT yang kukuh bagi membolehkan pengurusan hal-ehwal teknologi maklumat secara berpusat dilakukan dengan efisyen.