SOALAN LAZIM

Sekiranya saya ingin membuat permohonan sistem baru, bagaimanakah cara dan prosedurnya?

Jawapan:

Permohonan membangunkan sistem aplikasi baru boleh dibuat dengan menghantar surat berserta kertas cadangan sistem. Permohonan cadangan sistem baru akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Saringan Pembangunan Sistem (JSPS) Universiti. JSPS akan mempertimbangkan permohonan bagi sistem aplikasi yang memenuhi kriteria berikut:
Mempunyai impak yang tinggi terhadap perkhidmatan
Pengguna sistem yang ramai
Jangka hayat penggunaan sistem yang panjang
Penggunaan yang meluas
Perlu penyimpanan data yang banyak

Senarai perkhidmatan yang dilakukan di kaunter khidmat ICT?

Jawapan:
Konfigurasi wifi dan rangkaian internet UMT.
Konfigurasi emel pelajar.
Installasi perisian yang dibenarkan oleh UMT.
Imbasan, kemaskini dan pembersihan virus.
Khidmat nasihat mengenai alat ICT kepada pelajar.
Urusan pinjaman dan pemulangan peralatan ICT.
Mengenalpasti kerosakan alatan ICT (first level support).

Kami ingin mengadakan majlis perasmian yang memerlukan persembahan multimedia. Bagaimanakah cara untuk memohonnya?

Jawapan:
Sila hubungi Pusat Komunikasi Korporat.

Saya menghadapi masalah rangkaian di kolej penginapan saya. Kepada siapa saya boleh berhubung?

Jawapan:
Warga boleh menghubungi pegawai Seksyen Rangkaian dan Telekomunikasi di talian 09-6684262/09-6684489 atau emel ke wifi.support@umt.edu.my.

Saya telah membangunkan sebuah laman web dan ingin mendaftarkannya atas tapak web UMT. Bagaimanakah cara untuk mendaftarnya?

Jawapan:
Sila hubungi Pusat Komunikasi Korporat.

Saya merupakan staf baru UMT dan ingin membuat permohonan komputer baru.

Jawapan:
Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu membuat permohonan kepada PPTM melalui Ketua PTj masing-masing.

Sekiranya saya terlupa kata laluan emel, dengan siapakah saya perlu berhubung?

Jawapan:
Warga UMT boleh menghubungi pegawai Seksyen Pengurusan Pusat Data dan Keselamatan ICTdi talian 09-6684289/4489.

Berapa makmal dikendalikan oleh PPTM dan bagaimana untuk menempah makmal komputer PPTM.

Jawapan:
PPTM mempunyai 3 buah makmal komputer:
Makmal komputer Aplikasi, Kompleks Kuliah
Makmal komputer, Kompleks Kuliah Pusat
Makmal Pusat Kompetensi ‘Big Data’, PPTM
Semua tempahan hendaklah mengisi borang yang boleh didapati Mynemo->Sokongan->e-Borang->Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya komputer /peralatan ICT rosak?

Jawapan:
Membuat aduan melalui Sistem Custcare PPTM.
Menghantar perkakasan yang rosak ke Kaunter Khidmat ICT.
Mendapatkan maklumbalas daripada staf Seksyen Perkhidmatan ICT mengenai status aduan.

Bagaimanakah untuk menggunakan perkhidmatan wifi UMT?

Jawapan:
Warga UMT boleh menggunakan perkhidmatan Wifi@UMT dengan percuma.
Warga UMT boleh mencapai internet melalui zon Let’s Connected yang ditetapkan di sekitar kampus. (Lihat logo Let’s Connected.)
Warga perlu connect kepada SSID yang disediakan iaitu:
Zon Kolej Kediaman -> hostel@umt
Zon selain Kolej Kediaman -> wifi@umt

Apakah kemudahan ICT yang disediakan di UMT?

Jawapan:
Perkhidmatan Aplikasi Sistem Maklumat Utama Universiti
Perkhidmatan Internet dan Rangkaian Kampus
Kemudahan Makmal Komputer
Perkhidmatan Tele-sidang
Perkhidmatan Baikpulih Peralatan ICT (Aset ICT :Komputer / Komputer Riba / Pencetak)

Apakah nombor telefon yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan ICT?

Jawapan:
Perkhidmatan Internet dan Rangkaian : 09-6684262/4489
Perkhidmatan Baikpulih ICT/Perisian Standard : 09-6684490
Perkhidmatan Portal MyNemo : 09-6684474
Perkhidmatan Tele-Sidang : 09-6684497
Makmal Pusat Kompetensi Big Data : 09-6684497
Makmal Aplikasi : 09-6683438
Makmal Komputer, Kompleks Kuliah Pusat : 09-668XXXX