Bahagian Pembangunan Aplikasi

A. Seksyen Aplikasi Korporat dan Pengurusan portal

  1. Menguruskan dan melaksanakan Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Aplikasi Korporat Universiti dan Pengurusan Portal.
  2. Menganalisa dan meneliti keperluan baru sistem dalam skop korporat universiti.
  3. Membantu merancang dan mengurus keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan sistem yang akan dibangunkan.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem korporat.

B. Seksyen Aplikasi Akademik

  1. Menguruskan dan melaksanakan Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Aplikasi Akademik seperti Pengambilan pelajar, Pengambilan pelajar rayuan, Pendaftaran pelajar baru, Pendaftaran mata pelajaran pelajar, Peperiksaan pelajar,laporan dan statistik.
  2. Menganalisa dan meneliti keperluan baru sistem dalam pentadbiran dan pengurusan Akademik.
  3. Membantu merancang dan mengurus keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan sistem yang akan dibangunkan.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem akademik.

C. Seksyen Aplikasi Kewangan

  1. Menguruskan dan melaksanakan Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Aplikasi Kewangan Universiti
  2. Menganalisa dan meneliti keperluan baru Sistem Aplikasi Kewangan Universiti
  3. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan sistem maklumat yang akan dibangunkan.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan Sistem Aplikasi Kewangan.
  5. Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian/pakej yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan Sistem Aplikasi Kewangan.

D. Seksyen Aplikasi Sokongan Universiti

  1. Menguruskan dan melaksanakan Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Aplikasi Sokongan Universiti
  2. Menganalisa dan meneliti keperluan baru sistem sokongan dalam pentadbiran dan pengurusan universiti di Peringkat Universiti
  3. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan sistem yang akan dibangunkan.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem aplikasi sokongan universiti
  5. Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian / pakej yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan sistem aplikasi sokongan universiti.

E. Seksyen Pangkalan Data

  1. Merekabentuk pangkalan data, membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
  2. Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
  3. Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data sedia ada dan membuat penambahbaikan sekiranya perlu.

F. Seksyen Dokumentasi dan Pengkomersialan

  1. Mengurus dan menyediakan dokumentasi lengkap pembangunan sistem berdasarkan Manual Prosedur Kerja yang ditetapkan
  2. Menyemak dan memastikan semua sistem mematuhi MPK yang ditetapkan.
  3. Mengkaji semula sistem maklumat yang sedia ada bagi memperbaiki keupayaan sistem dan bagi menampung keperluan Pengguna yang bertambah/berubah dari masa ke semasa.
  4. Mengendali dan memberi khidmat sokongan latihan sistem aplikasi kepada pengguna
  5. Mengenalpasti sistem-sistem yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada umum

G. Seksyen Aplikasi Pentadbiran

  1. Menguruskan dan melaksanakan pembangunan dan penyenggaraan Sistem Aplikasi Pentadbiran Universiti
  2. Menganalisa dan meneliti keperluan baru sistem aplikasi dalam pentadbiran dan pengurusan universiti di PTJ
  3. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan sistem yang akan dibangunkan.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem Aplikasi Universiti