Bahagian Infrastruktur dan Khidmat Pengguna

A. Seksyen Perkhidmatan ICT, Dasar dan Kualiti

Sub – Fungsi Perkhidmatan ICT

  1. Mengurus tadbir aduan kerosakan komputer dan rangkaian untuk pelajar dan staf berdasarkan Sistem Custcare dan khidmat kaunter
  2. Menyediakan perkhidmatan pengguna dan bantuan teknikal perkakasan dan perisian seperti konfigurasi wifi, antivirus dan peralatan ICT kepada pelajar dan staf di kaunter PPTM
  3. Menyediakan khidmat penyelenggaraan komputer riba dan peralatan ICT khusus untuk staf di semua PTJ UMT
  4. Memberi bantuan teknikal ICT kepada setiap permohonan aktiviti/program universiti

Sub-Fungsi- Dasar dan Kualiti

  1. Memastikan PPTM mematuhi polisi dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang disahkan oleh pihak universiti
  2. Menyemak dan mengurus proses penyediaan dasar ICT
  3. Mendokumentasikan dan menyediakan laporan Sistem Pengurusan Kualiti
  4. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan secara berkesan di UMT

Sub-Fungsi Makmal Komputer

  1. Mengurus dan memantau operasi perkhidmatan makmal komputer PPTM agar berjalan dengan lancar
  2. Memastikan penjadualan penggunaan makmal berada di tahap maksimum
  3. Mengawal selia staf makmal agar sentiasa memastikan makmal berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk pengguna

B. Seksyen Rangkaian dan Telekomunikasi

Sub Fungsi Pengurusan Rangkaian

  1. Menguruskan operasi rangkaian komputer di UMT.
  2. Menyediakan, menyenggara dan memantau prasarana rangkaian UMT.
  3. Menyediakan bantuan teknikal jika berlakunya pemasalahan berhubung dengan sistem rangkaian di seluruh UMT
  4. Membantu merancang Pelan Strategik Rangkaian dan Prasarana Talian Internet UMT untuk kegunaan akan datang.

C. Seksyen Pusat Data Dan Keselamatan ICT

Sub Fungsi Pusat Data

  1. Mengurus operasi dan pentadbiran Pusat Data UMT.
  2. Mengurus operasi dan penyelenggaraan pelayan, sistem salinan data utama dan kritikal (Backup Data), sistem antivirus utamaserta sistem storan bersepadu (Centralized Storage System) di UMT
  3. Melaksana pemantauan dan penyelenggaraan pangkalan data dan pelayan
  4. Mengurus operasi dan penyelenggaraan emel universiti

Sub Fungsi Keselamatan ICT

  1. Memastikan Sistem Keselamatan ICT sentiasa di pantau dan di audit
  2. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan ICT kepada warga UMT
  3. Memastikan dan melaporkan pencerobohan sistem komputer oleh penggodam (Hackers) dari dalam dan luar UMT serta perlanggaran polisi kepada jawatankuasa berkaitan

D. Seksyen Pengurusan Aset ICT UMT

  1. Mengurus dan mengemaskini rekod aset peralatan ICT universiti
  2. Menyediakan laporan dan justifikasi pelupusan aset bagi peralatan ICT UMT

Sub – Fungsi Pengurusan Komputer dan Perisian

  1. Mengurus perolehan komputer sewa kepada universiti
  2. Mengurus pengagihan komputer kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  3. Mengurus keperluan perisian umum dan memperbaharui lesen-lesen perisian di bawah tanggungjawab PPTM
  4. Membantu setiap PTJ dalam melaksanakan perolehan berhubung dengan bantuan teknikal dan penilaian spesifikasi

Sub – Fungsi Latihan

  1. Mengurus program latihan untuk warga dalaman dan luar UMT.
  2. Memastikan program latihan yang dilaksanakan berjaya dan memenuhi keperluan pengguna
  3. Mengurus penempatan pelajar Latihan Industri pengkhususan ICT