ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM) merupakan satu pusat perkhidmatan sokongan yang terpenting di UMT. Bermula sebagai sebuah unit dikenali Unit Teknologi Maklumat (UTEKMA) pada tahun 1997 dan dinaiktarafkan kepada sebuah Pusat Tanggungjawab. Mulai 1 Jun 2004 dikenali sebagai Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM) dengan diketuai oleh seorang pengarah.

PPTM mempunyai peranan yang besar dalam menyediakan satu persekitaran Teknologi Maklumat (IT) yang berkesan dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan akademik, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan kecekapan pentadbiran.

Penyediaan kemudahan IT yang terkini dan mencukupi adalah faktor penting dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, mempertingkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan pembangunan (R&D) yang cemerlang, mempertingkatkan kualiti kecekapan dan keberkesanan pentadbiran seterusnya menjadikan warga UMT sebagai satu komuniti bermaklumat dan berpengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi menjayakan visi, misi dan matlamat universiti.

Justeru itu, PPTM sentiasa berusaha merancang, membangun, melaksana dan mempertingkatkan perkhidmatan ICT yang meliputi infrastruktur (rangkaian dan internet) dan infostruktur (sistem aplikasi) bagi menjamin persekitaran IT yang berkesan.

Pembangunan UMT yang semakin pesat dan kapasiti staf dan pelajar yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun merupakan satu cabaran dalam memberi perkhidmatan ICT yang cekap dan berkesan.

Sekian terima kasih.

Pengarah PPTM.