Bahagian Sains Data

Sains data merupakan salah satu bidang pengetahuan mengenai proses atau sistem untuk menjana dan menghasilkan suatu bentuk pengetahuan atau pandangan daripada data dalam pelbagai bentuk, sama ada berstruktur atau tidak berstruktur, yang merupakan kesinambungan daripada beberapa bidang analisis data seperti statistik, perlombongan data dan analisis ramalan, sama dengan Penerokaan Pengetahuan dalam suatu Pangkalan Data.

Penubuhan Bahagian Sains Data ini adalah sebagai satu usaha transformasi dan keperluan untuk memastikan kesinambungan pengurusan akademik, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran modal insan, melalui pemantapan dan pemerkasaan pengurusan data, teknologi maklumat dan komunikasi berdigital secara terintegrasi dan bersepadu.